Perut kosong…lapar…nak makan tapi xde selera..mudah benar seleraku hilang..hanya dengan sedikit tersentuh hati air mata mudah mengalir..ya….air mata seakan saksi dalam hidupku.. aku xtahu bagaimana lagi utk bertahan dengan perjalananku yg penuh liku… Aku selalu sorok rasa yg terpendam jauh d lubuk hatiku..tp aku Cuma insan biasa.. setabah dan sekuat mana pun aku tidak mampu menandingi tabahnya karang di laut yg tegar biarpun kerap dipukul ombak..
Aku selalu terbayangkan saat jika aku sudah tiada… entah kenapa pelik benar perasaanku ketika ini… usai solat zohor td, tiba2 hatiku merasa kesunyian yg luar biasa… mungkin kerana aku keseorangan di bilik ini…jadi aku terlalu melayan perasaan…
Melihat orang lain bahagia..aku tumpang gembira…aku ingin bahagia seperti mereka.. apakah aku belum bahagia sebelum ini?? Tidak!!!! Aku sudah cukup bahagia..aku bersyukur…ramai lagi yg terpaksa menghadapi hidup yg penuh liku namun mereka tidak mengeluh lantas menjadikan mereka juga bahagia..
Semua orang layak merasakan kebahagiaan..dalam bahagia itu tipulah jika tiada air mata..bahagia pun kena ada air mata?? Ya..sebab kebahagiaan membuatkan hati kita sering terharu.. air mata yg mengalir panas dan laju membasahi pipi ini lambang ianya luahan dari hati..luahan yg xdpt nak di ungkapkan di bibir mahupun melalui tulisan..yg mampu hanya tangisan..membawa erti yg dalam…hanya ALLAH yg tahu..
“manusia itu tidak dapat mengenali manusia dengan sebenarnya..kerana manusia bukan pencipta manusia..yang mengenali manusia sesungguhnya hanyalah ALLAH.. kerana hanya ALLAH itu yg mencipta manusia..maka yg mencipta sahaja tahu apa yg di ciptakan..”
Aku bertahan dalam setiap lelah yg aku hadapi dalam duniaku..berteman air mata,ada air mata gembira,ada yg membiaskan derita..biasalah hidup…esok bila aku dah xde di bumi, sudah tiada hilai tawaku,tiada lagi celoteh mesraku..saat itu aku ingin sampaikan bahawa “BERBAHAGIALAH MEREKA YANG AKU SAYANGI WALAUPUN TANPA AKU DI SISI LAGI..” aku pergi untuk selamanya, redhakan aku..relakan aku pergi dan izinkan kenangan kita aku bawa bersama..
Jika di takdirkan aku benar2 pergi..hanya setakat ini coretan yang mampu aku hiasi di sini.. aku tidak mahu sesiapa merasakan kehilangan..anggaplah aku sedang menemani dengan lagu2ku… tiada apa yang mampu melawan kuasa ALLAH… terimalah kepergiaanku..
Sementara jasadku masih bernyawa aku hanya ingin rasa di sayangi, di hargai dan di senangi..aku tiada apa2 harapan selain itu..andainya aku dapat merasakan ia di saat akhir ini, alangkah bertuahnya aku..pergi dalam senyuman..puas kerana telah tercapai semua..
Aku seorang yg berjiwa lembut, mudah terusik, mudah sangat mencurahkan kasih sayang dan mudah juga kecewa..aku suka memberi walaupun kadang2 aku tak minta pemberianku di balas tapi aku dahagakan penghargaan dan kasih sayang.. aku rindukan senyuman..aku sukakan gelak tawa.. alangkah indahnya jika hidup ini tiada air mata… alangkah…..
Maafkan aku bila aku tiada, aku mungkin meninggalkan tanpa sempat terus memberi, mungkin aku meninggalkan sebelum orang puas untuk menerima.. kenangilah aku, walau sesaat dan sedahkan aku AL-FATIHAH.. doakan aku berbahagia walaupun aku sudah tidak muncul saat aku di perlukan…..biarkan aku dengan air mataku.. jangan kamu juga menangis kerana aku…
Aku ingin berehat..aku sudah letih dan penat.. sungguh aku sudah hilang tenaga untuk semua ini…aku tidak dapat terus bertahan.. izinkan aku pergi dulu… gengamilah tanganku sepuasnya… kucuplah dahiku semahunya.. peluklah aku sebelum jasadku tiada lagi di sini…
Selamat tinggal dunia…selamat tinggal coretan hati.. aku akan datang lagi jika jantungku masih berdetak.. jika tidak anggaplah ini yang terakhir… dan dengarlah luahanku bahawa aku sayangkan mereka-mereka yg mendampingiku biarpun belum sempat aku tunjukkan sepenuhnya kasih sayang ini… ketahuilah aku sudah boleh pergi dalam keadaan tersenyum apabila aku kenangi wajah2 riang kamu… wajah2 itu ada di mana2…sekeliling aku walaupun aku sedang bersendiri kini.. terima kasih..
TERIMA KASIH KERANA MENERIMA DIRIKU WALAU BANYAK KEKURANGANKU….. TERIMA KASIH….
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.235426453187850.61483.100001614909595&type=1