Wednesday, July 28, 2010

PoHoN SeMaLu DaN MuSLiMaH

"Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda,Syaidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pokok Tamar, Fatimah terpijak pohon semalu. Kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah menyatakan kepada ayahandanya,"apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ."Rasulullah dengan tenang berkata kepada puterinya kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu daripada 4 aspek:
  1. Pohon semalu akan kucup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).
  2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah.
  3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna Wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Al-Amin.
  4. Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

SURAH AL-IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya
dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Ar
asy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, July 12, 2010

Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dapat saya kongsikan sedikit pengajian mengenai kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.Pengajian ini dibentangkan oleh Ustaz Hanafiah Kris yang merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Gerik, di mana sebelum ini ustaz merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Kuala Kangsar.

Ustaz memulakan pengajian dengan menyebut semula doa yang dibaca oleh imam selepas solat bermula bulan Rejab seperti yang telah dibaca oleh Rasulullah s.a.w

Ustaz menyatakan terdapat banyak hadith dan juga pertikaian ulama berkaitan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Ini kerana tidak disebut secara khusus kecuali puasa pada 14,15 dan 16 yang menjadi sunat muakad pada setiap bulan. Namun begitu, pada bulan Syaaban dilarang berpuasa separuh bulan ke atas sekiranya tidak pernah berpuasa pada separuh bulan sebelumnya.

Ustaz melarang berpuasa penuh sepanjang dua bulan ini kerana memang tiada dalam Islam sedemikian. Walhal di dalam buku Tasawuf Kontemporari, diberitahu bahawa puasa yang paling afdal adalah puasa selang iaitu puasa seperti puasa Nabi Daud. Hadithnya adalah seperti dibawah.

Diriwayat Abdullah ibn A’mar r.a menyatakan bahawa beliau bersumpah untuk berpuasa sepanjang hari dan bertahajud setiap malam selagi hayat dikandung badan. Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya engkau tidak mampu bagi perkara itu. Maka berpuasalah dan berbukalah. Bangunlah pada malam hari dan tidurlah. Berpuasalah tiga hari daripada setiap bulan kerana satu kebaikan sama dengan sepuluh ganjaran, dan itu seumpama puasa sepanjang tahun.”

Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih banyak lagi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda sebagai alternatif amalan, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah (jangan berpuasa) selama dua hari.”

Sekali lagi Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih baik daripada itu. Maka sekali lagi Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah satu hari, maka itu adalah puasa Nabi Daud a.s dan itulah puasa yang paling afdal.”

Abdullah tetap menyatakan bahawa beliau masih mampu melakukan lebih daripada itu. Maka akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada yang lebih afdal daripada itu.” Hadith riwayat Bukhari.

Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.

Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.

Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-

  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.

Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.

Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini :-

  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

Di dalam ayat Al-Quran di mana Allah berfirman bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, Allah menyambung bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk. Ini bermakna jika ada permasalahan, maka rujuklah Al-Quran kerana disitu ada penyelesaian. Kes-kes gejala sosial (atau musibah sosial) berlaku kerana tindakan susulan tidak mengikut Al-Quran.

Menurut ustaz, Al-Quran itu datang dengan tiga jenis petunjuk.

  • Petunjuk Umum – Petunjuk ini difahami oleh semua makhluk termasuklah haiwan, tumbuhan, dan apa juga makhluk ciptaan Allah.
  • Petunjuk Kebaikan – Petunjuk ini ditunjukkan kepada golongan bukan Islam untuk menunjukkan kebaikan dan keindahan Islam agar mereka tertarik memasuki Islam.
  • Petunjuk Hidayah – Petunjuk ini hanya dapat dirasai dan dilihat oleh orang-orang yang beriman sewaktu mereka membaca Al-Quran dan memahami isi maksudnya secara rohaniah.

Sebelum ini, orang arab tidak mempunyai bulan-bulan. Mereka meletakkan sesuatu berdasarkan suatu peristiwa. Apabila Abrahah menyerang Mekah, mereka meletakkan waktu itu sebagai waktu asal bagi Tahun Gajah. Kemudian, ketika Rasulullah s.a.w lahir mereka mengubah sistem tahun kepada “Tahun Kenabian”. Bulan-bulan Islam telah wujud sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi cuma orang arab tidak mengetahui mengenainya.

Pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan diikat. Isu syaitan diikat ini pun ada beberapa perselisihan pendapat ulama. Seperti kata ustaz, biarkan saja ulama berdebat, kita terima sahaja. Terdapat dua pendapat tentang syaitan diikat.

  • Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.
  • Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.

Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai (roti canai lagi…macam contoh ceramah sebelum ini). Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan manusia.

Bulan Ramadhan juga adanya solat Tarawikh. Solat Tarawikh adalah khusus kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat terdahulu tidak diberikan kelebihan solat Tarawikh. Solat Tarawikh tidak mempunyai had berapa rakaat yang boleh dilakukan maka tidak perlu diperdebatkan. Rasulullah s.a.w buat 8 rakaat namun disambung dengan solat sunat di rumah.

Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.

Berpuasa 6 hari selepas bulan Ramadhan di bulan Syawal akan mendapat pahala seperti berpuasa selama setahun.

Sebelum menutup pengajian, ustaz menasihati diri sendiri dan kariah bahawa dunia ini diibaratkan sebagai kedai runcit. Sekiranya di kedai runcit itu sendiri pun sudah merasai betapa hebatnya nikmat yang ada, maka sudah pasti akan terasa lebih hebat nikmatnya di akhirat yang mana ia ibarat Shopping Mall yang sangat-sangat besar dan berbagai isi di dalamnya.

Semoga saya istiqamah dalam penulisan saya, wassalam.

Saturday, July 10, 2010

CitRa MaWaR


Sinaran mentari membicarakan kata,
Awan mula menunjukkan rupa,
Angin menghembus sayu terasa,
Pohon melambai dengan penuh makna...

Kebunan bunga membuahkan harumannya,
Kelopaknya menarik culasan mata,
Dipandang dengan kesyukuran di jiwa,
Mawar yang indah dibangga...

Wanita umpama mawar,
Citra mawar membahaskan beribu makna,
Lestarikan ia dalam diri kita,
Kerna ia bunga terjaga...

Mawar,
Di sisinya di sisipkan duri,
Terluka di tangan menyakitkan diri,
Bunganya perlu dijaga rapi,
Pasti mekar mewangi...

Mawar,
Citra warna mu beraneka,
Menjadi kegilaan manusia dunia,
Harum wangi mu mekar terasa,
Menusuk kalbu membuah cinta.

Mawar,
Ku titipkan kisah wanita,
Moga diri mu menjadi hiasan cinta,
Cinta kepada Yaang Maha Esa,
Keutamaan buat jiwa manusia...



Wanita,
Ku lihat diri mu dalam diri ku,
Duri mawar menjadi hiasan bersama,
Moga terhindar dari tanagn dunia,
jauh dari titi noda dan dosa...

Wanita,
Ketahui diri mu kebanggaan sezaman,
Penggugah dunia ketenangan,
Penyejuk insan yang bergelar suami tersayang,
Itu landasan cinta berkah AR-RAHMAN...

Wanita,
Dulu citra mu tersembunyi,
Dijaga rapi bak mawar berduri,
Kini, ke mana ia pergi???
Segalanya bertaburan di tepi...

Wanita,
Sebersih hati MARIAM,
Seteguh sekental keberanian HAJAR,
Secantik semanis kisah ZULAIKHA,
Sepenuh kasih jiwa FATIMAH,
Sedermawan merimbun hati KHADIJAH,
Citra mawar penuh dengan makna...

Sand and StoNe....


A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?"

The other friend replied: "When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."

LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND, AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE

ANTARA CINTA DAN SUNNAH

Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya,”111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH”. Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud ‘SAW’. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.

“Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu... Engkau taburkan pengorbananmu Buat ummatmu.......

Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.

Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.

Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya.......

Pertemuan kami dua hari lepas di kafe Sri Samping berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkap untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya kuajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.

Mujurlah Kak Siti tak pernah melihat kami bercengkerama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadang menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriend. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi....eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu Kak Siti. Kak Siti memang tak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tak merasa apa yang kami rasa....!

Tapi untuk apa matlamat cintaku pada Syam? Untuk berkahwin? Soalan yang hingga kini masih tiada jawaban. Aku juga seperti wanita lain mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau mengisi kekosongan duniaku? Lalu meragut kesucianku? Eh mana mungkin Syam setega itu! Aku percaya....! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. Dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang baby sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya Allah, betapa besarnya pembalasan-Mu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?

Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta untuk dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. Lalu kepada siapakah aku harus mengadu? Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...