Wednesday, December 22, 2010

MiD-TeRm BrEaK???

setiap ipt di seluruh dunia akn ada cti pertengah semester kn??? tapi apa pendapat kamu semua terhadap cuti tersebut??? adakah ia bermakna cuti daripada belajar setelah beberapa bulan mengadap buku pelajaran??? marilah kita sama2 fikirkan...
kebiasaannya pada cuti ini la masa yang sesuai untuk kita menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah kita.. ini kerana masa tersebut kita tiada kelas yang perlu dihadiri.. dan kebiasaannya juga, para pensyarah akan mengadakan ujian pertengahan semester (exam mid-term). oleh itu, masa ini jugalah masa yang penting untuk kita mengulang kembali pelajaran kita yang lepas-lepas.. ini terbukti bahawa cti pertengahan semester ini bukan la waktu untuk kite duduk bersenang-lenang sambil goyang kaki terutamanya di rumah..
bagi mereka yang berasal dari negeri2 yang berjauhan dengan ipt mereka,,masa inilah yang amat dinantikan oleh mereka..ini kerana mereka akan pulang ke kampung halaman mareka untuk melepaskan rindu,kepada keluarga tercinta..tidak hairan la jika sesebuah ipt itu sunyi seketika,,
tapi ingatlah wahai kawan-kawanku bahawa apabila sudah sampai di rumah, jangan lupa bahawa anda seorang mahasiswa@ pelajar dan anda haruslah kosisten dalam nenuntut ilmu.. jangan lupa juga pada tugasan-tugasan yang bertimbun yang diberikan oleh pensyarah anda..
akhir kata selama bercuti kepada semua mahasiswa APIUM Nilam Puri, Kelantan..jaga diri anda semua baik-baik..jangan lupa siapakan assignment anda... Have Fun And Take Care..

Saturday, November 27, 2010

UsRaH????

Setiap kali terdengar perkataan ini, mesti terbayang dalam minda kita bahawa perkara ini hanyalah membuang masa. Tapi untuk pengetahuan semua. Usrah ini banyak memberikan manfaat daripada keburukan... dengan adanya usrah, kita dapat berkongsi permasalahan, cerita, info n isu-isu yang berkaitan dengan sekeliling kita...

Usrah yang bermaksud kumpulan atau individu atau mukmin yang beriman dengan agama Islam, berusaha dan tolong- menolong di antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam berdasarkan kepada perintah Allah di dalam surah al-Maaidah ayat 2 yang bermaksud “ Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya).

Pembentukan Usrah yang pertama yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah di rumah al-Arqam bin Abi–Arqam. Rasul mengajar mereka yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur seperti baik hati,amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri para sahabat.

Jelaslah di sini bahawa ‘usrah’ bukan sahaja tempat untuk menyampaikan atau mendapatkan ilmu, malahan ia merupakan tempat untuk sesama ahli kumpulan membincangkan sesuatu masalah yang timbul dan juga tempat untuk membentuk peribadi dan sahsiah ahli usrah dan bertolong-tolong apabila ada ahli yang ditimpa kesusahan.

Usrah juga merupakan satu medium dakwah untuk berdialog mengenai Islam secara dinamik. Dengan ini ia dapat meningkatkan mutu ukhuwah atau persaudaraan antara pelajar, pensyarah, kakitangan akademik dan pentadbiran serta semua masyarakat...



Tuesday, November 23, 2010

JaNGaN...DaRi KaLaM aL-MuKMiN...

JANGAN JANGAN JANGAN....................!!!!!!!!!!!!!!!!!

v Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

v Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

v Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.

v Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telahdigunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

v Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

v Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

v Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

v Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

v Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

v Jangan bergaul bebas ditempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

v Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

v Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

v Jangan mengumpat sesama rakan taulan.Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

v Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

v Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

v Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yg ada jika hutang diabaikan....

v Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

v Jangan biasakan berbohong,kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

v Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

v Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

v Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

v "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

v "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

Wasalam


Sunday, November 21, 2010

KIta HaNYa MeRanCanG TetaPi ALLah Yg MeNenTuKaN..

Sepatutnye pada 7 Nov yg lalu, ak perlu memulakan kuliahku.. tpi ada sesuatu yang berlaku pada diriku.. ak terpilih dalam satu prgram anjuran mpp kampus ak..makanya,ak perlu datang beberapa hari lebih awal..ak bertolak dari negeri tercinta ku pada 2 Nov pkul 9 mlm menaiki bas Transnasional skyview bersama-sama 3 orang kawan ku yang lain..apabila sampai di perhentian berikutnya, bas yang kami naiki berhenti untuk mengambil penumpang.. maka, di situ terjadi lah satu kejadian yang tidak disangka-sangka kan.. ketika itu, kami sedang berborak-borak antara satu sama lain.. tetiba, salah seorang kawanku ditegur oleh seorg mamat..mamat tu meminta untuk meminjam duitnya dengan menyatakan alasan bahawa die tertinggal bas..maka die perlu membeli tiket yang baru jika mahu menaiki bas..pada mulanya kami ragu-ragu.. tapi setelah die mengulangi percakapannya beberapa kali.maka kami pun percaya..jika dilihat pada reaksi wajahnya, die kelihatan seperti orang yang baik2 saja..die janji mahu turun sama tempat di mana kami turun..apabila sampai di kampus kami. kami menunggu dia untuk turun.. tetapi kami hampe..bukan saja batang hidungnya tidak kelihatan bahkan bayangnya pun tiada... akhirnya kawanku yang memberikan mamat tu duit pon redha..kami tidak tau samada mamat tu menipu kami atau pon die benar-benar tidak sedarkan diri masa itu...
Tadi aku ada menyatakan bahawa ad sesuatu yang berlaku pada diriku yang menyebabkan ak terpaksa melewatkan diri untuk memulakan kuliah ku...pada mlm itu juga, semasa dalam bas..ak merasakan ketidakselesaan terhadap diriku.. jika kebiasaan ak akn mudah terlelap jika berjalan jauh terutama jika menaiki bas,tetapi pada malam itu, ak merasa kelainan..ak merasakan badanku gatal-gatal..dan muncul bintik-bintik merah pada badan ku.. ak mula rasa tidak sedap hati..lalu,ak pon SMS kawan ku.. ak menceritakan keadaan ku padanya.. ak menjadi gabra apabila die menberitahu ku yang kemungkinan ak terkene chicken pox..ketika itu, ak sudah 1/2 perjalanan ... tidak mungkin aku menyuruh driver bas itu untuk u-turn.. ak redha walau apa pun yg akan berlaku..keesokan paginya, ak meminta kawan ku supaya menghantarkan ku ke klinik.. selepas aku di perikse oleh doktor..dan doktor mengesahkan bahawa aku mmg benar-benar terkene penyakit tersebut.. doktor memberikan ku MC selama 10 hari... dengan kehadiran surat MC tersebut.. maka terbatal la kelayakan ku untuk mengikuti pgrm tersebut.kerana dikhuatiri akn berjangkit dengan yang lain. dengan hati yang sedih( sebab x dapat join pgrm) n gembira ( dapat sambung cuti ) akhirnya , ak membuat keputusan untuk pulang ke rumah pada mlm itu juge.. dah nasib badan,, penat yang semalam duduk atas bas selame 8 jam pon blum hilang,,malam nie terpakse meredah lagi perjalanan yang panjang itu...huhuhuuu...itu la ujian yang menimpaku .. dan ak kembali ke kampus selepas cuti selama lbih kurang 2 mggu..betullah ap yang diperkatakan..kita manusia hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segala-galanya termasuklah takdir, jodoh, ajal dan maut seseorang itu... wassalam....

Saturday, September 4, 2010

DoA RaBiTaH-IzZaTuL iSLaM

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpn dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan
================================
Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayaMu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami
================================
Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

Monday, August 9, 2010

WARKAH UNTUK KEKASIH


“Saat kau bangun di pagi hari,Aku memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepadaKu,bercerita,meminta pendapatKu,
mengucapkan sesuatu untukKuwalaupun hanya sepatah kata..
Atau berterima kasih kepadaKu atas sesuatu hal yang indah yang
terjadi dalam hidupmu semalam,kelmarin,atau waktu yang
lalu.
Tetapi, kulihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi ke sekolah.
Tak sedikit pun kau menyedari. Aku dekat denganmu.Aku kembali menanti saat engkau sedang bersiap. Aku tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKu, tetapi engkau terlalu sibuk.
Di satu tempat, engkau duduk tanpa melakukan apapun. Kemudian aku melihat engkau menggerakkan kakimu. Aku berfikir engkau akan datang kepadaKu, tetapi engkau berlari ke telefon dan menelefon seorang teman untuk sekadar berbincang-bincang..
Aku melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan aku menanti dengan sabar sepanjang hari. Namun, dengan semua kegiatanmu, Ku fikir engkau terlalu sibuk untuk mengucapkan sesuatu kepadaKu..
Sebelum makan siang,
Aku melihatmu memandang ke sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKu, itulah sebabnya mengapa engkau tidak sedikitpun menyapaKu..
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKu dengan lembut sebelum menyant
ap rezeki yang Kuberikan, tetapi engkau tidak melakukannya..
Ya, tak apalah, masih ada waktu yang tersisa dan aku masih berharap engkau akan datang kepadaKu, meskipun kelihatan seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan ketika tiba di rumah.

Setelah tugasmu selesai,
engkau menyalakan TV atau tidak,hanya saja engkau selalu kesana menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan.
Hingga waktu kembali,
aku menanti dengan sabar saat engkau menikmati hidanganmu, tetapi sekali lagi, engkau lupa menyebut namaKu dan berterima kasih atas rezeki yang telah Kuberikan..
Saat engkau ingin tidur, Kufikir engkau merasa terlalu letih.Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKu kau sebut. Tidak apalah, mungkin engkau masih belum menyedari bahawa aku salalu hadir untukmu. Aku telah bersabar lebih lama dari yang engkau sedari.

Aku bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain.
Aku sangat menyayangimu,
setiap hari aku menantikan sepatah kata darimu,
ungkapan isi hatimu,
namun tak kunjung tiba..Baiklah, engkau bangun kembali dan kembali aku menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiKu sedikit waktu untuk menyapaKu..
Tapi yang Kutunggu,Ah, tak juga menyapaKu.
Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’ berlalu..dan.. kau masih mengacuhkan aku.
Tiada sepatah kata, tiada seucap do’a, tiada pula harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKu..
Apakah salahKu padamu..? Rezeki yang Ku limpahkan,
kesihatan yang Ku berikan, harta yang Ku relakan untukmu,makanan yang Ku hidangkan, keselamatan yang Ku kurniakan,
kebahagiaan yang Kuanugerahkan..
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKu??!!
Percayalah..Aku selalu mengasihimu,
dan aku tetap berharap suatu ketika nanti engkau akan menyapaKu,
memohon perlindunganKu,
bersujud menghadapKu..
Kembali kepadaKu..

Yang selalu menyertaimu setiap saat..
ALLAH


Renungkanlah sahabat-sahabatku..sesungguhnya ALLAH Rabbul ‘izzati, amat menyayangi kita, di dalam hadis Qudsi Allah telah berfirman :
‘Hai anak cucu Adam. Aku telah menjadikanmu dengan kekuasaanKu dan Aku pupuk dengan nikmatKu,
tapi mengapa kamu masih menentang dan menderhakai perintahKu?
Sungguhpun demikian, jika kamu bertaubat kembali kepadaKu. Aku terima taubatmu.
Di mana lagi akan kau peroleh Tuhan seperti Aku ini,
yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih?’

(Hidayatul Mursyidin)

Wednesday, July 28, 2010

PoHoN SeMaLu DaN MuSLiMaH

"Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda,Syaidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pokok Tamar, Fatimah terpijak pohon semalu. Kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah menyatakan kepada ayahandanya,"apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ."Rasulullah dengan tenang berkata kepada puterinya kesayangannya itu, bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu itu daripada 4 aspek:
  1. Pohon semalu akan kucup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).
  2. Pohon semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslimah.
  3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna Wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Al-Amin.
  4. Semalu akan menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

SURAH AL-IKHLAS

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya
dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).


Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Ar
asy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota

Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Monday, July 12, 2010

Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dapat saya kongsikan sedikit pengajian mengenai kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.Pengajian ini dibentangkan oleh Ustaz Hanafiah Kris yang merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Gerik, di mana sebelum ini ustaz merupakan pembantu daftar bagi mahkamah Syariah di Kuala Kangsar.

Ustaz memulakan pengajian dengan menyebut semula doa yang dibaca oleh imam selepas solat bermula bulan Rejab seperti yang telah dibaca oleh Rasulullah s.a.w

Ustaz menyatakan terdapat banyak hadith dan juga pertikaian ulama berkaitan kelebihan berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. Ini kerana tidak disebut secara khusus kecuali puasa pada 14,15 dan 16 yang menjadi sunat muakad pada setiap bulan. Namun begitu, pada bulan Syaaban dilarang berpuasa separuh bulan ke atas sekiranya tidak pernah berpuasa pada separuh bulan sebelumnya.

Ustaz melarang berpuasa penuh sepanjang dua bulan ini kerana memang tiada dalam Islam sedemikian. Walhal di dalam buku Tasawuf Kontemporari, diberitahu bahawa puasa yang paling afdal adalah puasa selang iaitu puasa seperti puasa Nabi Daud. Hadithnya adalah seperti dibawah.

Diriwayat Abdullah ibn A’mar r.a menyatakan bahawa beliau bersumpah untuk berpuasa sepanjang hari dan bertahajud setiap malam selagi hayat dikandung badan. Peristiwa ini disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya engkau tidak mampu bagi perkara itu. Maka berpuasalah dan berbukalah. Bangunlah pada malam hari dan tidurlah. Berpuasalah tiga hari daripada setiap bulan kerana satu kebaikan sama dengan sepuluh ganjaran, dan itu seumpama puasa sepanjang tahun.”

Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih banyak lagi. Maka Rasulullah s.a.w bersabda sebagai alternatif amalan, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah (jangan berpuasa) selama dua hari.”

Sekali lagi Abdullah menyatakan bahawa beliau mampu melakukan lebih baik daripada itu. Maka sekali lagi Rasulullah s.a.w bersabda, “Maka berpuasalah satu hari dan berbukalah satu hari, maka itu adalah puasa Nabi Daud a.s dan itulah puasa yang paling afdal.”

Abdullah tetap menyatakan bahawa beliau masih mampu melakukan lebih daripada itu. Maka akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada yang lebih afdal daripada itu.” Hadith riwayat Bukhari.

Pada setiap bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan ada peristiwa-peristiwa besar dan hebat yang berlaku.

Pada bulan Rejab, berlakunya peristiwa Isra’ Mikhraj yang berlaku pada 27 Rejab. Tahun berlakunya Isra’ Mikhraj dipanggil Tahun Dukacita kerana pada tahun itu, Rasulullah s.a.w kehilangan dua insan yang disayangi iaitu isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Maka Allah menceriakan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Isra’ Mikhraj.

Selain dari itu, bulan Rejab ialah berlakunya solat umat Islam lima waktu yang pertama. Sebelum ini, umat Islam hanya bersolat dua waktu iaitu waktu pagi dan petang namun sebaik sahaja solat difadhukan lima waktu maka dua waktu sebelumnya diharamkan oleh umat Islam bersolat. Solat pertama ialah solat Subuh, iaitu sebaik sahaja Rasulullah s.a.w kembali dari Isra’ Mikhraj.

Pada bulan Syaaban pula, adanya malam Nisfu Syaaban. Terdapat nas yang berkaitan dengan Nisfu Syaaban yang datang dengan penambahan iaitu pada malam Nisfu Syaaban, malam ke 15 Syaaban, Allah berfirman bahawa sesiapa yang meminta ampun kepada Allah melalui doanya maka doanya akan diperkenankan oleh Allah kecuali tiga golongan iaitu:-

  1. Orang yang syirik kepada Allah.
  2. Orang yang berzina dan tidak bertaubat nasuha. Malahan orang berzina ini meskipun orang lain berdoa untuk dirinya maka tidak diterima oleh Allah.
  3. Orang yang bermusuhan sesama Islam.

Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan Islam yang disebut di dalam Al-Quran. Bulan-bulan lain tidak pernah disebut dalam Islam. Bulan Ramadhan adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan, malahan kitab Samawi yang lain seperti kitab Injil, Taurat dan Zabur juga turun pada bulan Ramadhan.

Berlaku perselisihan pendapat ulama tentang penurunan Al-Quran di bulan Ramadhan namun kata ustaz, biarlah ulama berdebat, kita terima sahaja kerana mereka lebih tahu. Terdapat dua pendapat berkaitan hal ini :-

  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran dibawa oleh Jibrail di dalam bentuk wahyu untuk diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
  • Maksud Al-Quran turun pada bulan Ramadhan adalah Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz kepada langit dunia pada bulan Ramadhan.

Di dalam ayat Al-Quran di mana Allah berfirman bahawa Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, Allah menyambung bahawa Al-Quran adalah sebagai petunjuk. Ini bermakna jika ada permasalahan, maka rujuklah Al-Quran kerana disitu ada penyelesaian. Kes-kes gejala sosial (atau musibah sosial) berlaku kerana tindakan susulan tidak mengikut Al-Quran.

Menurut ustaz, Al-Quran itu datang dengan tiga jenis petunjuk.

  • Petunjuk Umum – Petunjuk ini difahami oleh semua makhluk termasuklah haiwan, tumbuhan, dan apa juga makhluk ciptaan Allah.
  • Petunjuk Kebaikan – Petunjuk ini ditunjukkan kepada golongan bukan Islam untuk menunjukkan kebaikan dan keindahan Islam agar mereka tertarik memasuki Islam.
  • Petunjuk Hidayah – Petunjuk ini hanya dapat dirasai dan dilihat oleh orang-orang yang beriman sewaktu mereka membaca Al-Quran dan memahami isi maksudnya secara rohaniah.

Sebelum ini, orang arab tidak mempunyai bulan-bulan. Mereka meletakkan sesuatu berdasarkan suatu peristiwa. Apabila Abrahah menyerang Mekah, mereka meletakkan waktu itu sebagai waktu asal bagi Tahun Gajah. Kemudian, ketika Rasulullah s.a.w lahir mereka mengubah sistem tahun kepada “Tahun Kenabian”. Bulan-bulan Islam telah wujud sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi cuma orang arab tidak mengetahui mengenainya.

Pada bulan Ramadhan, syaitan-syaitan diikat. Isu syaitan diikat ini pun ada beberapa perselisihan pendapat ulama. Seperti kata ustaz, biarkan saja ulama berdebat, kita terima sahaja. Terdapat dua pendapat tentang syaitan diikat.

  • Syaitan diikat secara fizikal. Ini bermakna syaitan dibelenggu dan memang tidak dapat berkeliaran.
  • Syaitan dilemahkan, dan perkataan ikat itu sebagai sindiran kepada syaitan di mana syaitan terhalang dari mengganggu orang yang beriman.

Berkaitan pendapat pertama, ada pertanyaan jika syaitan diikat secara fizikal, mengapa orang masih berbuat jahat? Menurut ustaz, perkara ini pernah ditanya (berulang kali) dan jawapan paling baik ialah roti canai (roti canai lagi…macam contoh ceramah sebelum ini). Kata ustaz, hati itu ibarat tempat pembakar roti canai dan syaitan itu api. Setelah lama memanaskan pembakar roti itu, meskipun api sudah dipadamkan namun tempat pembakar roti canai itu masih panas. Sama juga halnya dalam keadaan ini. Setelah 11 bulan syaitan membakar hati, 1 bulan masih terasa panasnya meskipun syaitan dibelenggu.

Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan besar-besaran. Allah mengampuni semua dosa umatnya yang memohon ampun secara ikhlas kepada Allah kecuali dosa yang berkaitan dengan manusia.

Bulan Ramadhan juga adanya solat Tarawikh. Solat Tarawikh adalah khusus kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ini kerana umat terdahulu tidak diberikan kelebihan solat Tarawikh. Solat Tarawikh tidak mempunyai had berapa rakaat yang boleh dilakukan maka tidak perlu diperdebatkan. Rasulullah s.a.w buat 8 rakaat namun disambung dengan solat sunat di rumah.

Di bulan Ramadhan, amalan dilipat gandakan. Pada bulan Ramadhan, pahala amalan bagi perkara sunat ialah pahala sunat+pahala wajib. Manakala pahala amalan bagi perkara wajib ialah 70 kali ganda dari bulan-bulan yang lain. Namun begitu, pahala amalan di Masjidil Haram dan sekitarnya ialah 100,000 kali ganda. Masjidil Haram dan sekitarnya adalah satu-satunya tempat di mana umat Islam dapat bersolat tanpa had. Selepas Asar pun boleh solat sunat, tidak seperti tempat lain di mana ia diharamkan.

Berpuasa 6 hari selepas bulan Ramadhan di bulan Syawal akan mendapat pahala seperti berpuasa selama setahun.

Sebelum menutup pengajian, ustaz menasihati diri sendiri dan kariah bahawa dunia ini diibaratkan sebagai kedai runcit. Sekiranya di kedai runcit itu sendiri pun sudah merasai betapa hebatnya nikmat yang ada, maka sudah pasti akan terasa lebih hebat nikmatnya di akhirat yang mana ia ibarat Shopping Mall yang sangat-sangat besar dan berbagai isi di dalamnya.

Semoga saya istiqamah dalam penulisan saya, wassalam.

Saturday, July 10, 2010

CitRa MaWaR


Sinaran mentari membicarakan kata,
Awan mula menunjukkan rupa,
Angin menghembus sayu terasa,
Pohon melambai dengan penuh makna...

Kebunan bunga membuahkan harumannya,
Kelopaknya menarik culasan mata,
Dipandang dengan kesyukuran di jiwa,
Mawar yang indah dibangga...

Wanita umpama mawar,
Citra mawar membahaskan beribu makna,
Lestarikan ia dalam diri kita,
Kerna ia bunga terjaga...

Mawar,
Di sisinya di sisipkan duri,
Terluka di tangan menyakitkan diri,
Bunganya perlu dijaga rapi,
Pasti mekar mewangi...

Mawar,
Citra warna mu beraneka,
Menjadi kegilaan manusia dunia,
Harum wangi mu mekar terasa,
Menusuk kalbu membuah cinta.

Mawar,
Ku titipkan kisah wanita,
Moga diri mu menjadi hiasan cinta,
Cinta kepada Yaang Maha Esa,
Keutamaan buat jiwa manusia...



Wanita,
Ku lihat diri mu dalam diri ku,
Duri mawar menjadi hiasan bersama,
Moga terhindar dari tanagn dunia,
jauh dari titi noda dan dosa...

Wanita,
Ketahui diri mu kebanggaan sezaman,
Penggugah dunia ketenangan,
Penyejuk insan yang bergelar suami tersayang,
Itu landasan cinta berkah AR-RAHMAN...

Wanita,
Dulu citra mu tersembunyi,
Dijaga rapi bak mawar berduri,
Kini, ke mana ia pergi???
Segalanya bertaburan di tepi...

Wanita,
Sebersih hati MARIAM,
Seteguh sekental keberanian HAJAR,
Secantik semanis kisah ZULAIKHA,
Sepenuh kasih jiwa FATIMAH,
Sedermawan merimbun hati KHADIJAH,
Citra mawar penuh dengan makna...

Sand and StoNe....


A story tells that two friends were walking through the desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand: "TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one, who had been slapped, got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After the friend recovered from the near drowning, he wrote on a stone: "TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?"

The other friend replied: "When someone hurts us, we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it."

LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND, AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE

ANTARA CINTA DAN SUNNAH

Aku tergamam sebentar, mataku kaku melihat buku Kak Siti, roommateku, yang terdapat di atas mejanya,”111 WASIAT RASULULLAH SAW UNTUK WANITA SOLEHAH”. Rasulullah? Nama yang sudah janggal untukku ungkap. Entah sudah berapa kurun bibirku tidak menyebutnya. Aku juga sudah lupa apa maksud ‘SAW’. Tidak semena-mena ungkapan lagu nasyid kumpulan Hijjaz ketika aku menyertai pertandingan lagu nasyid sewaktu di sekolah rendah terngiang-ngiang di telingaku.

“Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri limpahan sirahmu, dan kami sanjung pengorbananmu... Engkau taburkan pengorbananmu Buat ummatmu.......

Ah, aku sudah lupa apa sambungannya. Lagu itulah yang telah menaikkan nama sekolahku. Dan paling penting ketika itu aku menjadi penyanyi solo. Bagaikan terpukau mataku terus memandang buku itu. Entah sudah berapa hari aku merenung buku itu setiap kali Kak Siti tiada. Entah apa istimewanya hingga menarik tanganku untuk mengambilnya. Kubelek-belek kemudian kubaca satu persatu isi kandungannya, masih tak kutemui bab yang menarik hatiku. Akhirnya mataku terhenti bila terbaca wasiat ke 5: Jangan buat dosa besar, nak baca tapi ada rasa secebis ketakutan.

Takut pada balasan yang bakal aku terima. Lebih-lebih lagi bab sebelumnya mengenai ketaatan kepada suami. Apakah pantas aku meletakkan perasaanku pada lelaki yang bukan suamiku? Apakah pantas aku menyerahkan sepenuh jiwaku terhadap insan yang bukan suamiku? Apakah pantas aku memberi ketaatanku pada insan yang bukan selayaknya? Kepalaku cuba membayangkan semula adegan-adegan romantis antara aku dan Syam.

Cinta pertama yang berputik gara-gara tersalah ambil beg ketika minggu suai mesra untuk pelajar tahun satu. Syam, lelaki pertama yang mengisi ruang kekosongan hatiku. Dialah insan yang banyak memberiku semangat. Dialah insan yang mengeluarkan aku dari kongkongan kisah silam yang telah menghancurkan keyakinanku. Dialah insan yang membalut luka-luka dihatiku. Dialah segalanya.......

Pertemuan kami dua hari lepas di kafe Sri Samping berulang tayang lagi. Mataku masih ingat senyuman manisnya. Tanganku masih merasai belaian tangannya. Telingaku masih ingat setiap huruf yang dilafazkan. Eh, terlalu bahagia. Terlalu indah hingga aku tidak tahu apa ayat yang harus kuungkap untuk menggambarkannya. Biarlah pertemuan itu milik kami. Aku tak ingin mengiktiraf kewujudan insan lain di kafe itu. Sekalipun aku dapat merasakan semua mata menjeling tajam ke arah kami. Ingin rasanya kuajak Syam ke tempat lain yang lebih sunyi dan jauh dari mata manusia tapi aku tak ingin mencacatkan setiap pertemuan kami.

Mujurlah Kak Siti tak pernah melihat kami bercengkerama di kafe. Peribadinya dan caranya bergaul dengan lelaki membuatku malu jika dia tahu. Rasa cemburu kadang-kadang menerpa ruang hatiku. Cemburu bagaimana dia boleh hidup tanpa boyfriend. Kadang-kadang aku ingin seperti dia tapi....eh, lupakan sahaja soalan ini. Apa yang nak dicemburukan, dia tu yang rugi sebab tak merasa betapa indahnya dunia percintaan. Dan aku selalu saja memberi alasan berjumpa untuk membuat asignment, untuk buat program. Aku tidak tahu sampai bila aku harus menipu Kak Siti. Kak Siti memang tak setuju berjumpa berdua dengan lelaki. Sudah acap kali menasihatiku. Eh, biarlah manusia mengutuk kami sebab mereka tak merasa apa yang kami rasa....!

Tapi untuk apa matlamat cintaku pada Syam? Untuk berkahwin? Soalan yang hingga kini masih tiada jawaban. Aku juga seperti wanita lain mengimpikan seseorang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar. Syam memang lelaki yang membahagiakan tapi aku tak pasti adakah dia boleh membimbingku. Habis tu, untuk apa? Sekadar suka-suka? Atau mengisi kekosongan duniaku? Lalu meragut kesucianku? Eh mana mungkin Syam setega itu! Aku percaya....! Tapi bagaimana pula jika nasibku seperti Ina. Kerana cinta pada Danish sanggup berkorban. Dan kerana cinta dan pengorbanan itu jugalah yang akhirnya melahirkan seorang baby sebelum sempat mereka bernikah. Bagai pembalasan, Ina dibuang keluarga. Danish pula hilang entah ke mana. Tak cukup dengan itu, Ina sekarang terpaksa berdepan dengan penyakit tibi yang berjangkit melalui Danish. Tabahkah aku jika nasibku serupa dengannya? Ya Allah, betapa besarnya pembalasan-Mu di dunia, bagaimana pula di akhirat nanti?

Aku seperti terdengar suara batinku meraung-raung kesakitan meminta untuk dikeluarkan dari penjara dosa. Dosa yang telah merantai hatiku. Dosa yang gelap dan suram. Masih adakah cahaya untukku? Tapi aku memerlukan dahan untuk berpaut. Aku memerlukan pondok untuk berteduh. Lalu kepada siapakah aku harus mengadu? Hatiku menangis lagi sekalipun zahirnya air mataku tidak jatuh.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...