Wednesday, January 26, 2011

REMADE '11

kokorikulum atau pembinaan sahsiah adalah merupakan salah satu subjek wajib bagi semua pelajar semester 4 subjek ini dinilai dalam 2 bahagian. Bahagian pertama dinilai melalui aktiviti yang dijalankan di sesebuah sekolah.. lebih kurang seperti program motivasi untuk para pelajar.setiap kelas diwajibkan merancang program atau aktiviti.. bahagian kedua melalui peperiksaan akhir..
bagi sesi 2010/2011 ini, hanya 6 buah sekolah yg dipilih oleh 6 buah majmuah.. 5 daripadanya berada di sekitar negeri kelantan manakala yang sebuah sekolah lagi itu berada di negeri perak.. pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu, prof shukeri, tidak menggalakan kami melakukan aktiviti ini di kawasan luar kelantan.. walaupun begitu, majmuah 3 terpaksa kerana meraka tiada pilihan lain lagi...

bagi majmuah 1 (majmuah aku) kami lakukan di SK Wakaf Bharu,kelantan. perjalanan ke SKWB itu tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. hanya mengambil masa setengah jam..kami memilih sekolah ini kerana ia merupakan sekolah tersebut merupakan tempat bekerja ayah salah seorang daripada ahli majmuah kami iaitu alia adila. maka, ia memberikan kami kemudahan dalan menganjurkan program tersebut. untuk pengetahuan, sekolah ini merupakan pilihan ke-3. ini kerana ada sedikit maslah yang timbul dan menyebabkan kami tidak dapat menganjurkan program di lokasi yang dirancangkan.

program ini bermula 20 jan 2011 dan berakhir 22 jan 2011. program kami ini disarankan kepada murid tahun 6. walaupun begitu terdapat 2 orang murid tahun 5 yang mengikuti program kami. mereka merupakan anak kepada salah seorang cikgu yang mengajar di sekolah berkenaan.peserta yang melibatkan diri dalam program tersebut seramai 92 orang ( lelaki 49 dan pempuan 43).

program yamg kami anjurkan ini bernamakan REMAJA MASA DEPAN 2011 "شباب اليوم رجال الغد"(REMADE '11) dan bertemakan "ibadat berkualiti pencetus sahsiah terpuji..kami membawa konsep kem solat..kami memperkenalkan dan menekankan bab rukun-rukun islam dan iman, cara dan bacaan ketika bersuci dan yang paling penting, kami memberi penekanan yang mendalam dalam bab solat. yakni bacaan dan kaifiyat melakukan solat dengan sempurna.. selain memberi pejelasan kepada peserta, kami juga melakukan praktikal supaya setiap peserta dapat mengetahui cara yang sebenarnya..

kami membahagikan setiap peserta kepada 10 buah kumpulan yang mana setiap kumpulan akan ditemani oleh 2 orang fasilitator daripada kalangan kami.. selain LDK, kami juga telah menyediakan beberapa slot yang menarik sepanjang program itu berlansung seperti "pimpinlah aku!!"," mampukah aku??". la kamu.. , explore neka dan banyak lagi.. kami juga telah menyelitkan beberapa jenis 'games' dan lagu-lagu yang dapat menghilangkan kebosanaan..

secara keseluruhannya, program kami ini berjalan dengan lancar. pada hari terakhir, kami dapati kebanyakkan peserta dapat menguasai dan melakukan wudhu dan solat dengan cara yang betul. tidak dinafikan terdapat segelintir peserta yang masih terangkak-rangkak dalam membaca bacaan dalam solat terutama dalam bacaan doa iftitah, doa qunut dan tahiyyat akhir..
alhamdullialh, nampaknya objektif program ini telah tercapai dengan jayanya hampir 100%.

kami semua pelajar akademik pengajian islam universiti malaya (APIUM) cawangan nilampuri mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan guru yang bersama-sama kami menjayakan program REMADE'11 pada kali ini dan tidak lupa kepada guru besar kerana sudi menerima kehadiran kami.. segala budi baik anda semua akan kami kenang sampai bila-bila,, insyaallah.. dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan jikalau terdapat kekurangan dan kesulitan yang telah kami lakukan samada kami sedari atau tidak sepanjang program REMADE'11 ini berlansung.. syukran..

Thursday, January 13, 2011

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung….

  1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,walaupun dia tidak menyukai anda.
  5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
  9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
  11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetap isekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
  13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,caci & cela.
  14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik .

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya.

Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Tuesday, January 11, 2011

S.A.H.A.B.A.T

SuKaRnya UnTuk MenCaRi SaHaBaT ...

Sahabat dan kawan mempunyai makna yang sama. iaitu insan yang dekat dengan kita yang sering menyenangkan hati dan perasaan kita, sentiasa berada bersama kita dalam apa jua keadaan tanpa perasan jemu dan bosan.. tetapi pada zaman kini, amatlah sukar untuk mendapatkan sahabat yang sebegini..sahabat yang benar-benar ikhlas bersahabat dengan kita tanpa mengira latar belakang dan keturunan..

Kata pepatah "berkawan biar seribu ......". Apa yang hendak diperkatakan di sini adalah kita diharuskan menjalinkan sillaturahim yakni menambah bilangan sahabat disamping mengukuhkan sillaturahim yang telah sedia ada.. ramai diantara kita yang apabila bertemu dengan sahabat baru, sahabat yang lama disisihkan, dipinggirkan dan tidak diambil peduli...diibarat seperti " habis madu sepah dibuang"..

Oleh itu, wahai ashabati ahibba' hendaklah kita menjaga dan mengukuhkan tali persahabatan kita disamping mengembangkan sillaturahim kita kepada yang lain..kerana tidak berguna jika kita sibuk untuk menambah bilangan sahabat kita padahal sahabat kita yang sedia ada semakin menjauh daripada diri kita. fikirfikirkanlah.... wasalam...

Friday, January 7, 2011

Apium Nilam Puri dilanda banjir???


oh tidak!!ini tidak mungkin berlaku.. tapi itu la realiti yang harus diterima.. hujan yang turun selama 3 hari 3 malam telah menyebabkan air sungai yang berada di belakang kolej kediaman ini melimpah dan memasuki kawasan apium.. kawasan yang berada ditahap yang kritikal adalah seperti musolla baru. pejabat baru, ampaian amk, padang bola dan kawasan yang sewaktu dengannya..

disebabkan surau baru di amk ini ditahap yang membahayakan kerana dikelilingi air yang kami rasakan amat dalam..oleh itu, kami warga amk terpaksa menggunakan semula surau lama yakni musolla aisyah untuk melakukan solat berjemaah.. kawasan padang bola juga sudah kelihatan seperti tasik..kihkihkih.. begitu juga kawasan ampaian amk, telah ditenggelami air..

tapi alhamdullilah, pada hari ini.. matahari tidak lagi malu untuk memunculkan dirinya.. diharapkan keadaan begini akan berterusan.. semoga air banjir ini akan surut bagi memudahkan kami pergi ke kelas esok hari.....amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...