Wednesday, January 26, 2011

REMADE '11

kokorikulum atau pembinaan sahsiah adalah merupakan salah satu subjek wajib bagi semua pelajar semester 4 subjek ini dinilai dalam 2 bahagian. Bahagian pertama dinilai melalui aktiviti yang dijalankan di sesebuah sekolah.. lebih kurang seperti program motivasi untuk para pelajar.setiap kelas diwajibkan merancang program atau aktiviti.. bahagian kedua melalui peperiksaan akhir..
bagi sesi 2010/2011 ini, hanya 6 buah sekolah yg dipilih oleh 6 buah majmuah.. 5 daripadanya berada di sekitar negeri kelantan manakala yang sebuah sekolah lagi itu berada di negeri perak.. pensyarah yang mengajar subjek ini iaitu, prof shukeri, tidak menggalakan kami melakukan aktiviti ini di kawasan luar kelantan.. walaupun begitu, majmuah 3 terpaksa kerana meraka tiada pilihan lain lagi...

bagi majmuah 1 (majmuah aku) kami lakukan di SK Wakaf Bharu,kelantan. perjalanan ke SKWB itu tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. hanya mengambil masa setengah jam..kami memilih sekolah ini kerana ia merupakan sekolah tersebut merupakan tempat bekerja ayah salah seorang daripada ahli majmuah kami iaitu alia adila. maka, ia memberikan kami kemudahan dalan menganjurkan program tersebut. untuk pengetahuan, sekolah ini merupakan pilihan ke-3. ini kerana ada sedikit maslah yang timbul dan menyebabkan kami tidak dapat menganjurkan program di lokasi yang dirancangkan.

program ini bermula 20 jan 2011 dan berakhir 22 jan 2011. program kami ini disarankan kepada murid tahun 6. walaupun begitu terdapat 2 orang murid tahun 5 yang mengikuti program kami. mereka merupakan anak kepada salah seorang cikgu yang mengajar di sekolah berkenaan.peserta yang melibatkan diri dalam program tersebut seramai 92 orang ( lelaki 49 dan pempuan 43).

program yamg kami anjurkan ini bernamakan REMAJA MASA DEPAN 2011 "شباب اليوم رجال الغد"(REMADE '11) dan bertemakan "ibadat berkualiti pencetus sahsiah terpuji..kami membawa konsep kem solat..kami memperkenalkan dan menekankan bab rukun-rukun islam dan iman, cara dan bacaan ketika bersuci dan yang paling penting, kami memberi penekanan yang mendalam dalam bab solat. yakni bacaan dan kaifiyat melakukan solat dengan sempurna.. selain memberi pejelasan kepada peserta, kami juga melakukan praktikal supaya setiap peserta dapat mengetahui cara yang sebenarnya..

kami membahagikan setiap peserta kepada 10 buah kumpulan yang mana setiap kumpulan akan ditemani oleh 2 orang fasilitator daripada kalangan kami.. selain LDK, kami juga telah menyediakan beberapa slot yang menarik sepanjang program itu berlansung seperti "pimpinlah aku!!"," mampukah aku??". la kamu.. , explore neka dan banyak lagi.. kami juga telah menyelitkan beberapa jenis 'games' dan lagu-lagu yang dapat menghilangkan kebosanaan..

secara keseluruhannya, program kami ini berjalan dengan lancar. pada hari terakhir, kami dapati kebanyakkan peserta dapat menguasai dan melakukan wudhu dan solat dengan cara yang betul. tidak dinafikan terdapat segelintir peserta yang masih terangkak-rangkak dalam membaca bacaan dalam solat terutama dalam bacaan doa iftitah, doa qunut dan tahiyyat akhir..
alhamdullialh, nampaknya objektif program ini telah tercapai dengan jayanya hampir 100%.

kami semua pelajar akademik pengajian islam universiti malaya (APIUM) cawangan nilampuri mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan guru yang bersama-sama kami menjayakan program REMADE'11 pada kali ini dan tidak lupa kepada guru besar kerana sudi menerima kehadiran kami.. segala budi baik anda semua akan kami kenang sampai bila-bila,, insyaallah.. dan kami juga ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan jikalau terdapat kekurangan dan kesulitan yang telah kami lakukan samada kami sedari atau tidak sepanjang program REMADE'11 ini berlansung.. syukran..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...