oh tidak!!ini tidak mungkin berlaku.. tapi itu la realiti yang harus diterima.. hujan yang turun selama 3 hari 3 malam telah menyebabkan air sungai yang berada di belakang kolej kediaman ini melimpah dan memasuki kawasan apium.. kawasan yang berada ditahap yang kritikal adalah seperti musolla baru. pejabat baru, ampaian amk, padang bola dan kawasan yang sewaktu dengannya..
disebabkan surau baru di amk ini ditahap yang membahayakan kerana dikelilingi air yang kami rasakan amat dalam..oleh itu, kami warga amk terpaksa menggunakan semula surau lama yakni musolla aisyah untuk melakukan solat berjemaah.. kawasan padang bola juga sudah kelihatan seperti tasik..kihkihkih.. begitu juga kawasan ampaian amk, telah ditenggelami air..
tapi alhamdullilah, pada hari ini.. matahari tidak lagi malu untuk memunculkan dirinya.. diharapkan keadaan begini akan berterusan.. semoga air banjir ini akan surut bagi memudahkan kami pergi ke kelas esok hari.....amin..
No comments:
Post a Comment